Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-27 Tahun 2009-2010 telah diadakan pada 23 Disember 2010 di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Antara Ahli MPBN yang hadir terdiri daripada wakil kerajaan negeri, wakil agensi kerajaan, pegawai kanan KBS, Presiden Majlis Belia Malaysia beserta Ahli Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia dan tidak ketinggalan ahli-ahli pemerhati. |